Wednesday, 17 October 2012

Soal Jawab / Kaji Selidik


1.   Apakah itu Transfer Factor?

Ia adalah molekul halus pembawa maklumat imun (immune IQ) yang terkandung dalam kolostrum. Ia bertanggungjawab memindahkan maklumat imun di antara sel yang terdapat dalam sistem imun badan. Setiap mamalia yang menyusukan anak akan memindahkan kepandaian sistem imunnya kepada si anak melalui susu pertamanya yang dinamakan kolostrum dan Transfer Factorlah kuncinya. Ia adalah "Senjata Daya Imun" yang paling berharga.


2.   Apakah itu kolostrum?

Kolostrum adalah susu awal yang didapati dari 1 hingga 3 hari selepas si ibu melahirkan. Selain dari mengandungi nutrien, ia juga mengandungi Transfer Factor.


3.   Apakah yang dimaksudkan dengan "kepandaian sistem imun"?

Setiap manusia atau haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai-bagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan perosak dari luar, yang mendatangkan penyakit. Sistem imunlah yang bertindak memerangi musuh-musuh ini. Apabila musuh menyerang, gambaran rupa musuh akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang dinamakan Transfer Factor. Transfer Factor bertindak sebagai 'kamera penyimpan maklumat' bentuk rupa kuman, virus, kulat dsb.


4.   Apakah yang mendorong para saintis mencari Transfer Factor dalam kolostrum?

Melalui pengamatan, mereka dapati bahawa anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya selepas dilahirkan akan mati tidak berapa lama selepas itu walaupun banyak mengambil makanan lain. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah penyebabnya. Pengkaji mendapati bahawa anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem pertahanan yang terbentuk dan tidak mengenali bentuk rupa kuman, virus, kulat dsb. Dengan adanya Transfer Factor, sistem pertahanan anak lembu dapat mengenali musuhnya lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.


5.   Apakah sejarah di sebalik Transfer Factor?

Pada tahun 1949 Dr. H Sherwood Lawrence, ketika membuat kajian mengenai penyakit batuk kering (TB), mendapati bahawa kecerdikan sistem imun seseorang yang sudah pulih dari penyakit boleh dipindahkan kepada seseorang lain yang belum terkena penyakit dengan menggunakan molekul halus yang diekstrak dari sel darah putih. Beliau namakan molekul halus itu sebagai Transfer Factor.


6.   Apakah fungsi Transfer Factor?

a) Meningkatkan aktiviti sel 'Natural Killer' (NK) ketahap 283 - 437%. Ini adalah 10 - 30 kali ganda lebih tinggi dari kemampuan lain-lain jenis herba atau makanan kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah komponen sistem imun yang paling penting dalam menentang infeksi dari penyakit. Ia meronda, mencari dan memusnahkan infeksi dan sel berpenyakit. Sel NK juga bertanggungjawab melawan dan memusnahkan sel kanser dan sel berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dan sebagainya.

b) Meningkatkan kebijaksanaan (IQ) sistem imun - Transfer Factor memiliki gambaran rupa beribu-ribu jenis kuman perosak. Ia akan memindahkan gambaran ini kepada sel sistem imun supaya ia dapat mengenali musuhnya dengan cepat. Transfer Factor memberi informasi yang tepat supaya sel imun dapat bertindak dengan segera untuk menghapuskan kuman, virus dan kulat sebelum ia bertapak dan membiak di dalam tubuh badan.

c) Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif - Sistem imun yang terlalu aktif akan menyerang sel baik dan juga tisu tubuh badan. Keadaan ini menyebabkan penyakit 'autoimun'. Transfer Factor akan menenangkan sel imun apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi dan mengarahkannya ke tempat lain yang diperlukan. Fungsi penenang ini amat penting untuk membantu pesakit autoimun seperti lupus, artritis, alergi, asma, sklerosis multipel, psoriasis dan banyak lagi.


7.   Jika Transfer Factor terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak ambil sahaja kolostrum? 

Kolostrum hanya mengandungi sedikit Transfer Factor. Anda perlu mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg Transfer Factor. Ini bermakna sebiji pil Transfer Factor adalah sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum. Kolostrum juga mengandungi protein sistem imun (antibodi), hanya sesuai untuk anak lembu, yang boleh menyebabkan alergi pada manusia. Transfer Factor tidak menyebabkan alergi kerana ia tidak mengandungi protein tersebut dan sesuai untuk semua jenis spesies.


8.   Bolehkah orang yang mempunyai alergi kepada susu atau "lactose intolerant" mengambil Transfer Factor?

Seperti yang diterangkan di atas, Transfer Factor tidak menyebabkan sebarang alergi kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan oleh teknologi ekstraksi canggih milik 4Life Research, yang terdapat dalam Transfer Factor adalah pati molekul "IQ imun".


9.   Saya sedang mengamalkan makanan kesihatan lain seperti vitamin, herba, enzim dll. Apakah perlu saya mengambil Transfer Factor?

Transfer Factor bertindak terus ke atas sistem yang paling penting dalam tubuh badan manusia iaitu sistem imun atau daya menentang penyakit. Tanpa daya imun, manusia tidak dapat hidup. Jika sistem imun tidak diberi makanan tepat yang diperlukan, ia akan mencuri bahan yang diperlukan dari sistem yang lain kerana ia adalah fungsi yang terpenting dalam badan. Makanan tambahan lain hanya membekalkan zat kepada sel dan organ tetapi tidak dapat memberi informasi atau kebijaksanaan kepada sistem imun untuk mengenali musuhnya. Sama juga seperti orang kuat, jika terlalu bodoh atau gila, nescaya akan dapat dikalahkan juga oleh musuhnya.
[menu]

10.  Adakah terdapat fakta sains yang membuktikan Transfer Factor dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan kesihatan lain?

Ya! Walaupun makanan kesihatan lain mempunyai fungsi tertentu dalam kesihatan manusia, Transfer Factor memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit. Kajian sains yang dijalankan selama 7 tahun (1992 - 1999) oleh Jeunesse Inc - Institute of Longevity Medicine, California ke atas 198 produk atau rumusan bahan semulajadi, hanya 46 sahaja yang dapat meransang aktiviti sel NK ke tahap 10 - 49%. Transfer Factor dan Transfer Factor Plus dapat meransang aktiviti sel NK ke tahap 283 dan 437% (sila lihat laporan penyelidikan).


11.  Adakah kajian mengenai Transfer Factor telah dibuktikan dan disahkan oleh sains?

Sejak penyelidikan Dr. Sherwood Lawrence pada tahun 1949, terdapat lebih dari 3,000 kajian saintifik dan klinikal yang melibatkan beratus-ratus pakar bedah, doktor dan saintis ternama dari lebih dari 70 buah negara. Penyelidikan ke atas Transfer Factor telah menelan belanja lebih dari US$40 juta.
[menu]

12.  Jika Transfer Factor terlalu bagus dan berkesan, mengapa para doktor tidak menggunakannya di klinik?

Terdapat ramai doktor di Amerika dan Eropah yang sudah mula mengguna dan mengesyorkan Transfer Factor kepada pesakit mereka. Transfer Factor juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians' Desk Reference) iaitu buku yang menjadi panduan dan rujukan para doktor ketika mengesyorkan ubat. Terdapat beribu-ribu testimoni dari pesakit yang menggunakan Transfer Factor serta pengesyoran dari para doktor.


13.  Adakah Transfer Factor selamat digunakan?

Ia adalah 100% selamat, asli dan tanpa sedikit pun toksid. Pengkaji telah memberikan dos sehingga 2000 kali ganda kepada sukarelawan untuk ujian klinikal dan mendapati tiada langsung kesan sampingan.


14.  Adakah semua orang boleh mengambil Transfer Factor?

Ya, dari bayi yang baru dilahirkan sehingga orang tua boleh mengambil Transfer Factor kerana ia adalah bahan asli yang tidak mengandungi sebarang toksid. Ia diekstrak dari kolostrum dan kolostrum sememangnya makanan/minuman bayi.


15.  Adakah terdapat maklumat mengenai keselamatan menggunakan Transfer Factor?

Pada tahun 1980, FDA USA meluluskan kolostrum dan diikuti dengan kelulusan mengambil Transfer Factor dari kolostrum untuk kegunaan manusia dalam tahun 1985.


16.  Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari pengambilan Transfer Factor?

Semua orang yang ingin mencegah serta merawat apa sahaja penyakit dan juga orang yang mahukan tenaga yang lebih.


17.  Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil Transfer Factor?

Transfer Factor mendidik sistem imun kita untuk mengenal dan sentiasa bersedia menghadapi serangan musuh di dalam tubuh badan kita. Serangan musuh ini berlaku pada setiap hari akibat dari cara kehidupan di zaman ini seperti pencemaran kepada makanan, air dan udara. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Kadangkala penyakit boleh merosakkan organ kita ke tahap tidak dapat dipulihkan kembali. Lagipun walau kita sihat, sistem imun terpaksa berkerja "overtime" setiap hari bagi memastikan kita tetap hidup. Jika sistem imun tidak mendapat Transfer Factor secukupnya, ia boleh menyebabkan kita akan selalu merasa letih dan lesu.


18.  Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah juga saya mengambil Transfer Factor?

Ya, boleh! Transfer Factor adalah asas "sistem pertahanan asli" untuk manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan Transfer Factor akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu.


19.  Bolehkah wanita hamil mengambil Transfer Factor?

Ya boleh. Tidak terdapat sebarang laporan kesan sampingan dari wanita hamil yang mengambil Transfer Factor. Namun begitu adalah lebih baik meminta nasihat doktor masing-masing terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Transfer Factor Plus tidak disyorkan untuk wanita hamil.


20.  Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk mengambil Transfer Factor?

Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air, bubur atau sebarang makanan lembut.


21.  Adakah Transfer Factor sama seperti vitamin, galian, hormon dan enzim?

Tidak. Transfer Factor adalah pemakanan tambahan lain dari yang lain dan tergolong dalam kelas tersendiri. Transfer Factor adalah 'otak' atau IQ kepada sistem imun.


22.  Adakah Transfer Factor terlalu mahal harganya?

Jika dibandingkan dengan daya kekuatan dan keberkesanan Transfer Factor dalam meransang sistem imun, ia adalah jauh lebih murah dari produk kesihatan lain. Contohnya jus noni dan aloe vera merangsang sistem imun setinggi 15% sahaja tetapi Transfer Factor Plus dapat merangsang sistem imun setinggi 437%, iaitu 29 kali ganda lebih tinggi. Jika sebotol jus noni atau aloe vera berharga RM80, anda perlu berbelanja RM2,320 untuk mendapat kekuatan yang sama seperti sebotol Transfer Factor Plus yang berharga cuma sekitar RM220 sahaja.


23.  Adakah selamat untuk mengambil Transfer Factor berlebihan dalam sehari?

Ya, selamat. Tidak terdapat sebarang laporan kesan toksid dari pengambilan Transfer Factor secara berlebihan.


24.  Bolehkah seseorang itu mengambil lebih banyak Transfer Factor Plus dari apa yang disyorkan?

Kadangkala seseorang itu perlukan dos yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek bagi mendapat sokongan yang lebih kuat kepada sistem imun dalam menghadapi penyakit tertentu. Cara terbaik untuk memulakan pengambilan Transfer Factor Plus adalah dengan mengikut dos yang tercatat di label.


25.  Bolehkah Transfer Factor diambil bersama vitamin, mineral, enzim, ginseng, gamat atau herba lain?

Ya, boleh! Transfer Factor tidak bercanggah dengan nutrien lain.


26.  Apakah penyakit yang memerlukan Transfer Factor?

Semua penyakit dari yang ringan seperti selsema kepada yang berat seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, alergi dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahawa sistem imunnya sudah kalah. Transfer Factor akan mengejutkan dan merangsang sistem imun seseorang itu untuk melawan penyakit tersebut.
[menu]

27.  Mengapa lembu dipilih sebagai sumber Transfer Factor?

Lembu mempunyai sumber susu awal yang sangat banyak. Transfer Factor tidak terhad untuk jenis spesies yang mengeluarkannya, ini bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh manusia walaupun unsurnya dari spesies lain. Lembu juga lebih terdedah kepada cabaran alam sekitar seperti kotoran, kuman ,virus, hama, kulat dan sebagainya menjadikan sistem imunnya jauh lebih kuat dari manusia. Ini bermakna Transfer Factor dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak "pengalaman" dan "kebijaksanaan" dalam mendidik dan merangsang sistem imun.


28.  Apakah kemungkinan Transfer Factor atau kolostrum dicemari oleh kuman lembu gila (mad cow disease)?

a. Tidak mungkin. Pakar tentang penyakit lembu gila telah mengesahkan bahawa kuman BSE (bovine spongiform encephalopathy) tidak memasuki saluran mammari dan kolostrum. Pemeriksaan ke atas semua lembu yang diserang penyakit lembu gila mendapati bahawa tiada satu pun yang mempunyai susu yang dijangkiti. Para saintis juga mendapati bahawa kesan jangkitan kuman pada tahap terakhir berada di otak dan tulang belakang lembu. Tidak pernah terdapat susu yang dijangkiti.

b. World Health Organisation (WHO) memberi kenyataan: "Ujian ke atas susu dari lembu yang dijangkiti kuman BSE tidak menunjukkan sebarang jangkitan. Susu dan produk yang diperbuat dari susu telah disahkan selamat dan bebas dari jangkitan sebarang kuman walaupun di negara yang mempunyai banyak insiden penyakit lembu gila (Great Britain).


29.  Mengapa harus saya mengambil Transfer Factor jika saya sudahpun menerima maklumat sistem imun ketika saya bayi?

Transfer Factor yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu sistem imun kita untuk cabaran pada masa itu. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran baru sedangkan sistem imun kita semakin lemah akibat umur yang semakin meningkat. Menguatkan sistem imun adalah tersangat penting untuk kesihatan yang berpanjangan
[menu]

30.  Berapa kerap saya harus mengambil Transfer Factor?

Setiap hari tubuh badan kita menghasilkan sel imun baru yang memerlukan maklumat. Transfer Factor harus diambil setiap hari bagi memastikan sistem imun kita sentiasa mendapat sokongan dan didikan untuk menghadapi cabaran yang sentiasa memenuhi alam sekitar kita. Apatah lagi di zaman sekarang di mana penyakit berupa serangan virus seperti SARS, penyakit kuku dan mulut, selsema burung, HIV-AIDS semakin berleluasa. Para saintis juga telah mendapati bahawa kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada seraangan virus dan kuman. Ini termasuk penyakit kencing manis, jantung, TB, sawan, semput dan sebagainya.


31.  Adakah terdapat sebarang peluang bagi syarikat lain meniru dan menjual Transfer Factor?

Syarikat lain akan sentiasa mencari jalan untuk meniru dan menjual Transfer Factor kerana mereka tahu bahawa Transfer Factor mempunyai pasaran yang sangat luas. Tetapi perlindungan hakcipta (paten) telah diberikan hanya kepada syarikat 4Life Research sahaja dan ianya berkuatkuasa di seluruh dunia. Ini disebabkan proses mengasingkan Transfer Factor dari kolostrum, yang sangat rumit, telah dihasilkan oleh para saintis di 4Life Research setelah beberapa tahun menjalankan penyelidikan dan kajian. Disamping itu hanya Transfer Factor keluaran 4Life Research yang disenaraikan dalam buku panduan dan rujukan doktor (PDR). Ini bermakna hanya 4Life Research sahaja yang memiliki Transfer Factor yang diakui kualiti dan keberkesanannya.


32.  Adakah saya perlu mempunyai latar belakang dalam bidang sains, farmasiutikal atau pemakanan untuk berkongsi tentang Transfer Factor dengan orang ramai?

Tidak. Konsep Transfer Factor mudah diterangkan kerana ia adalah bahan asas dalam sistem pertahanan manusia. Di mana mana, manusia sentiasa mencari jawapan dalam penjagaan kesihatan dan meningkatkan daya melawan penyakit (peningkatan sistem imun). Ibu, bapa, kaum remaja, kanak-kanak dan orang yang sudah lanjut usia semuanya sedang menghadapi cabaran yang semakin hari semakin meningkat dalam usaha mengekalkan kesihatan tubuh badan. Dengan berkongsi maklumat yang terdapat dalam risalah ini, kebanyakan dari soalan akan terjawab. Selain itu anda secara tidak langsung telah melakukan amal kebajikan dengan menyebarkan ilmu yang sangat penting dalam kehidupan manusia, sesuai dengan hadis nabi yang bermaksud "sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain".

Apa itu ANTIBIOTIK

Pengenalan
Antibiotik adalah perkataan latin. “anti” bermakna berlawanan (against) dan “bios” bermaksud hidupan (life). Antibiotik adalah sejenis ubat yang mempunyai kesan toksid yang khusus ( selective toxicity) di mana ia akan membunuh organisma yang mengjangkiti tubuh tanpa memberi kesan buruk kepada tubuh itu sendiri.
Akan tetapi, dos perlu berada dalam lingkungan yang selamat dan mampu untuk membunuh organisma, ini dipanggil theraputic effect. Kurang dos menyebabkan antibiotik tidak berkesan manakala berlebihan boleh menyebabkan toksid.
Kenapa antibiotik perlu dihabiskan?
Antibiotik dan bakteria yang menjangkiti tubuh pesakit mempunyai perkaitan yang sedikit aneh. Bakteria mempunyai kapasiti untuk menjadi “kebal” (resistant) daripada antibiotik tersebut seandainya ia tidak dihapuskan sepenuhnya. Kesannya, antibiotik tersebut tidak akan berkesan lagi untuk jangkitan seterusnya.
Walapun simptom pesakit bertambah baik, ia tidak bermakna semua bacteria telah dihapuskan. Oleh itu, dos antibiotik yang diberi, perlu dihabiskan agar bakteria tersebut hapus sepenuh seterusnya mengelakkan fenomena resistance berlaku.
Adakah antibiotik membunuh virus?
Tidak. Antibiotik tidak membunuh virus. Mungkin akan lebih difahami dalam huraian soalan seterusnya. Jangkitan virus mempunyai beberapa persamaan dengan jangkitan bakteria. Pesakit akan mengalami demam, sakit tekak, selsema dan batuk. Tetapi ada beberapa kriteria pembeza yang saya tidak berhasrat untuk menjelaskan di sini kerana mungkin tidak berapa sesuai dan boleh menyebabkan artikel terlalu panjang.
Mungkin cukup sekiranya saya nyatakan, sekiranya doktor suspek pesakit mempunyai jangkitan virus, doktor tidak akan memberi antibiotik. Ubat yang dipreskripsi akan lebih menjurus kepada rawatan simptom seperti ubat batuk, demam dan selsema. Jangkitan virus akan hilang dalam seminggu atau 2 minggu sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
Bagaimana antibiotik bertindak?
Antibiotik akan bertindak pada peringkat sell (cellular level). Caratindak antibiotik boleh dibahagikan kepada beberapa cara. Sebahagiannya bertindak dengan menghentikan proses sintesis protein bakteria, ada yang menghalang pembentukan dinding sel, dan ada yang menghalang proses metabolisma dalam sel bakteria tersebut. Oleh sebab cara tindak yang begini, antibiotik tidak berkesan terhadap virus. Virus mempunyai struktur kejadian yang berbeza.
Antibiotik dan kanak-kanak?
Secara generalnya, antibiotik boleh diberikan kepada kanak-kanak sekiranya jangkitan bakteria berlaku kepada mereka. Apa yang berbeza ialah seleksi (pemilihan) jenis antibiotik untuk mereka. Bayi, kanak-kanak dan perempuan mengandung adalah kumpulan-kumpulan pesakit yang khas, yang memerlukan pemilihan antibiotik yang sedikit berbeza daripada golongan remaja dan dewasa. Ada sesetengah antibiotik mempunyai kesan kepada pertumbuhan kanak-kanak. Justeru, ia perlu dielakkan.
Kesan sampingan antibiotik?
Satu perkara yang mesti kita ingat, setiap ubat ada kesan sampingan. Justeru, jangan ambil mudah dengan ubat.
Antara kesan sampingan yang boleh berlaku kesan pengambilan antibiotik ialah alahan. Adalah penting untuk memastkan pesakit tidak allergy pada antibiotik sebelum antibiotik diberi kepada pesakit, bagi mengelakkan alahan berlaku.
Selain kesan toksid akibat daripada pengambilan berlebihan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk makan antibiotik dalam dos yang ditetapkan.
Penutup
Kesedaran masyarakat tentang keperluan untuk menghabiskan antibiotik masih lagi kurang. Ini boleh menyebabkan fenomena resistance berlaku dalam masyarakat dan mengakibatkan antibiotik biasa tidak lagi berkesan dalam merawat jangkitan bakteria. Oleh itu, kesedaran dan maklumat ini perlu disebarluaskan untuk mendidik masyarakat menjadi lebih tahu seterusnya mengelakkan fenomena resistance ini daripada berlaku.
Mohon maaf segala kekurangan. Sebarang soalan, boleh diajukan pada ruangan komen. InsyaAllah, akan dijawab setakat termampu. Allahu a’lam.
Naim Yaakob
PEMBINA DHL
Pelajar Perubatan PPUKM

Saturday, 15 September 2012

4Life Transfer Factor Advanced ™ Formula (60 ct/bottle)


  • TERBUKTI meningkatkatkan DAYA IMUN sehingga 283%
  • Sesuai untuk semua peringkat umur dari umur Bayi 1 hari dan warga emas.
  • Sangat berkesan untuk mencegah dan merawat penyakit.
  • Sangat efektif sebagai ANTIVIRUS tubuh badan manusia. Membersih serta menghapus semua jenis kuman, ketumbuhan, virus dan penyakit senyap yang ada dalam tubuh kita tanpa kita sedari.

Tuesday, 11 September 2012

APA ITU TRANSFER FACTOR (TF) ?



TF Bukan
Vitamin, Galian, Enzim, Herba, Kolostrum, Dadah (Ubat), Fiber, Steroid, Hormone

  • Transfer Factor adalah "Molekul Pendidik Sistem Imun" (Immune IQ). 1 Biji TF (200mg) berpotensi  mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman, virus, kulat parasit, bakteria dan juga sel kanser. Maklumat IQ yang terkandung di dalam TF meransang sistem imun untuk menyerang segala "penceroboh" dan sel-sel "rosak" (berpenyakit) di dalam badan.


  • Molekul TF di ekstrak daripada kolostrum (susu awal lembu) dan kuning telur. Walau bagaimanapun TF tiada mengandungi antibodi khusus seperti yang terdapat dalam kolostrum (haiwan). Dari itu, TF tidak memberi sebarang kesan allergi kepada pengguna.

  • Kekuatan 1 Biji Pil TF adalah sama seperti 75 - 100 biji pil kolostrum di dalam fungsi peningkatan daya imun.


  • TF tiada kadar toksik, tiada kesan sampingan dan selamat untuk semua peringkat usa termasuk warga tua dan bayi.

  • Semua orang terdedah kepada pencemarann yang melemahkan daya imun hari demi hari. Pengambilan TF dapat mengukuhkan sistem imun ke tahap tertinggi bagi menjamin kesihatan optimal.

  • 100% molekul semulajadi yang memainkan peranan penting dalam peningkatan 'sistem pertahanan tubuh' kita atau dipanggil ‘SISTEM IMUN’. Molekul TF ini ditemui pada tahun 1949 dan kini para saintis telah berjaya menghasilkan ia dalam bentuk kapsul (proses berpaten). Ia adalah produk kesihatan yang paling TERBAIK pada zaman kini kerana ia mampu meransang sistem imun untuk bertindak MENGATASI SEGALA PENYAKIT didalam tubuh kita dengan sendirinya.


  • Transfer Factor diestrak (dikeluarkan) dari kolostrum dan kuning telur. Oleh itu, Transfer Factor TIDAK mengandungi antibodi khusus seperti cassein atau immunoglobulin yang boleh menyebabkan kesan allergi kepada manusia. 1 biji Transfer Factor mampu mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman seperti virus, bakteria, parasit, kulat, hama dan sebagainya. Dan dalam fungsi pembinaan daya imun pula, kekuatan untuk 1 biji Transfer Factor adalah sama dengan 75 biji pil kolostrum 

  • Transfer Factor telah disahkan 100% ASLI, SUCI & HALAL oleh INFANCA INTERNATIONAL dan disahkan selamat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)